Monday, February 7, 2011

Nash Tentang Imam Jafar Shadiq Sebagai Imam Syiah

Dalam kitab USUL AL-KAFI (KITABUL HUJJAH) karya Thiqat al-Islam Abu Ja’far Muhammad bin Ya’qub al-Kulaini; jilid 1, Tehran, 1380 H. Edisi Bahasa Melayu.

Semua sejarawan dan para pengkaji Islam sudah mengetahui bahwa kitab tersebut merupakan kitab hadis dari mazhab Syiah karena yang menghimpunnya pun merupakan muhadis Syiah.

Pada Bab 70 tertera jelas tentang Isyarat dan Nas (imamah) kepada Abu Abdillah Ja’far Bin Muhammad Al-Sadiq A.S (al-Isyarat wa al-Nas ‘ala Abi Abdillah Ja’far bin Muhammad al-Sadiq a.s) .

Silakan baca riwayat di bawah ini:

(360)-1. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu’alla bin Muhammad, daripada

al-Wasysyaa’, daripada Abban bin Uthman, daripada Abi al-Sabah al-Kinani

berkata: Abu Ja’far a.s telah melihat kepada Abu Abdillah a.s sedang berjalan,

maka beliau a.s telah berkata: Anda sedang melihat kepada ini? Ini adalah di

kalangan mereka yang difirmankan oleh Allah a.w: “Dan Kami hendak memberi

kurnia kepada mereka yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka

pemimpin dan menjadikan mereka pewaris bumi”

(361)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn

Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah

berkata: Apabila bapaku hampir kematiannya, beliau a.s telah berkata: Wahai

Ja’far, aku mewasiatkan kepada anda supaya melakukan kebaikan kepada para

sahabatku, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, demi

Allah, aku akan meninggalkan mereka di tempat mereka maka beliau a.s tidak

akan [perlu] bertanya seorang pun daripada mereka [tentang agama].

(362)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapaknya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada

Hisyam bin al-Muthanna, daripada Sadir al-Sairafi berkata: Aku telah

mendengar Abu Ja’far a.s telah berkata: Sesungguhnya di antara kebagian

seorang lelaki itu bahwa beliau mempunyai anak yang dikenali menyerupai

tubuhnya, akhlaknya dan bentuknya. Dan sesungguhnya aku mengenali anak

lelakiku ini menyerupai tubuhku, akhlakku dan bentukku; yaitu Abu Abdillah

a.s.

(363)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin

Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Tahir berkata: Aku telah

berada di sisi Abu Ja’far a.s, tiba-tiba Ja’far a.s menghampirinya, maka Abu

Ja’far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk (selepasku).

(364)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada

sebagian sahabat kami, daripada Yunus bin Ya’qub, daripada Tahir berkata: Akutelah berada di sisi Abu Ja’far a.s, tiba-tiba Ja’far a.s telah menghampirinya,

lantas Abu Ja’far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk.

(365)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Fudhail bin

Uthman, daripada Tahir, berkata: Aku telah duduk di sisi Abu Ja’far a.s, tiba-tiba Ja’far a.s telah menghampirinya, lantas Abu Ja’far a.s telah berkata: Ini

adalah sebaik-baik makhluk.

(366)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn

Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Jabir bin Yazid al-Ja’fi, daripada

Abu Ja’far a.s, berkata: Beliau a.s ditanya tentang al-Qaim a.s, lantas beliau a.s

memukul dengan tangannya ke atas Abu Abdillah a.s dan berkata: Ini, demi

Allah, adalah Qaim keluarga Muhammad saww. ‘Anbasah telah berkata:

Apabila Abu Ja’far a.s mati, aku telah pergi kepada Abu Abdillah a.s, maka aku

telah memberitahu kepadanya mengenainya. Beliau a.s telah berkata: Jabir telah

bercakap benar, kemudian beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan kamu

terfikir bahwa bukan setiap imam menjadi al-Qaim selepas imam sebelumnya.

(367)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin ‘Abd

al-Rahman, daripada ‘Abd al-A’laa, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata:

Sesungguhnya bapaku telah mengamanahkan kepadaku apa yang telah ada di

sana. Apabila kematian telah menghampirinya, beliau a.s telah berkata:

Panggillah beberapa orang saksi untukku, maka aku telah memanggil empat

orang Quraisy, antaranya Nafi’ bin Umar, maka beliau a.s telah berkata:

Tulislah, ini adalah apa yang telah diwasiatkan oleh Ya’qub kepada anak-anaknya “Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam”

Muhammad bin Ali telah mewasiatkan kepada Ja’far bin Muhammad dan

memerintahkannya supaya mengapankannya dengan pakaian burdahnya yang

dipakai pada sembahyang Jum’at dan dipakaikannya dengan serbannya.

Kuburnya diratakan, empat jari lebar di bawah tanah dan dibukakan ikatan

bajunya ketika disemadikan. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada para

saksi: Pulanglah, semoga kamu dirahmati Allah, maka aku telah berkata

kepadanya: Wahai bapaku- selepas mereka telah pulang- Tiada di sini untuk

disaksikan ke atasnya. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, Aku

tidak suka anda dikalahkan dan dikatakan: Sesungguhnya beliau (Abu Abdillah

a.s) tidak diwasiatkan kepadanya. Aku mau ia akan menjadi hujah untuk anda”.

Ahmad S