Monday, February 7, 2011

Keturunan dari istri ke 3 abraham keturah

Artikel Khusus request dari pemirsa

Menurut sebuah manuskrip kuno, bangsa Melayu berasal dari keturunan Nabi
Ibrahim dgn isteri ketiga beliau bernama Siti Qatura/Keturah.

Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s.
untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan
Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan
berkahwin dengan Siti Keturah dan telah dikurniakan Allah 6 orang anak
- Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Anak-anak mereka inilah
menjadi pengasas kepada bangsa Melayu.

Melayu diambil dari perkataan 'Mala' (nama bangsa asas Keturah). Nama ini
sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph
Olssen. Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di
Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat
ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi dari
tulisan Semitik Purba. Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu.Jawa dan
Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah


agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s. Penggalian di sebuah
daerah di Jordan menemukan kota purba yang bernama Jawi/Jawa.

Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah
adalah daripada bangsa Mala. Melayu adalah bangsa Mala yang mempunyai darah
keturunan Nabi Ibrahim a.s.

Semua bangsa seperti Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya
adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini
menerangkan Keturah mungkin berasal dari satu kerajaan purba yang sedia ada
di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s.

Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu
pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese
(Semenanjung Emas) padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya
sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan
Portugis seperti Magellan? Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling
misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat
sumber yang sama,dari manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani,
sebahagiannya dari era Firaun kuno.

Suku kaum Aryan ini adalah kaum pahlawan yang memiliki kepakaran dalam
kesusasteraan Vedic India/Parsi.Para sarjana geneologi dan antropologi telah
mengkaji kaum Aryan ini sejarahnya dapat ditelusuri sehingga kerajaan purba
Scythia iaitu satu kawasan yang melewati perbatasan Parsi-India,lebih utara
dari Bactria.

Ramai sarjana mempercayai agama purba Zoroester berasal dari timur Iran di
mana kaum Kambuja berasal.

Beberapa sarjana telah menjejak misteri kaum Aryan ini sehingga ke inkripsi
purba Iran yang ada menyebut nama Kambujiya,satu keturunan diraja.Kambujiya
adalah nama dalam Parsi Kuno.Nama Kambujiya di dalam bahasa Yunani ialah
Cambyses. Kambujiya atau Kambaujiya adalah nama kepada beberapa raja-raja
Parsi dalam dinasti Achaemenid.

Emperor Cambyses adalah warisan dari Madayu (Mada,Medes,Madyan,Midian,Medea)
telah memerintah lebih lama sebelum Cyrus The Great menaiki takhta.

Lihat puzzle setakat ini:
Keturah,
Nabi Ibrahim,
Jawi,
Cambyses
Kambuja
Scythia
Manessah
Mala
Malai
Mada
Mada-yu
Mala
Mala-yu

Siapakah The Lost Tribe of Mala? Apa kaitan The Lost Tribe of Israel
(Manessah dari jurai keturunan Joseph/Nabi Yusof) dengan bangsa Mala? Apakah
yg berlaku antara bangsa Melayu dan Yahudi 2,000 tahun sebelum masehi? Jika
Red Indian dan Tanah Amerika bukan 'The Promised Land' jadi dimanakah 'The
Promised Land' sebenar?

"Menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal, bangsa Melayu
dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s. Bangsa Melayu, menurut
beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang
ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda
telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan
bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun
meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur. Dikatakan bahawa Nabi
Ibrahim a.s, itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa
Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s, kedua ialah bangsa Israel dari
keturunan Ishak a.s, dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari
keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman
dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai
Tanah Jawi. Bani itu bererti anak-anak atau keturunan, sebagaimana juga nama
Bani Lavi (Levi) dari puak Israel (ibid)."